Saturday, October 16, 2010

~realiti kehidupanku~

sedar x sedar sudah hampir 20 tahun aku menginap di dunia ciptaan Yang MAHA ESA ini...pelbagai onak ranjau telah ku tempuhi selama aku menjadi manusia yang serba kekurangan...daripada zaman kanak2 yg 'jambu' hinggalah menjadi remaja yg akan memimpin dunia...bermulanya kehidupanku di TABIKA PERPADUAN diajar ABC & 123 sehingga tahu 3M (membaca, mengira & menulis)...hatta, kehidupanku terus dicabar sehingga ke SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANG...4 tahun disana dari Tahun 2 ke Tahun 6 selepas Tahun 1 di SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA...usahaku sebagai pelajar 'rajin' & nerd akhirnya berbaloi setelah mendapat banyak A dalam UPSR...ALHAMDULILLAH...aku teringin untuk menyambung pengajianku di SBP...akhirnya aku berjaya menjadi pelajar 3rd INTAKE di SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN...transformasi dalam diriku telah menjadikan aku sebagai remaja yang TABAH, CEKAL & TEKAL dalam meneruskan hidup...3 tahun sebagai pelajar menengah rendah dan 2 tahun sebagai penentu masa depanku telah aku tempuhi di IPOH...dalam durasi 5 tahun itulah aku diajar erti KESABARAN, BERDIKARI, & KERJASAMA diantara remaja-remaja sebayaku...tamat persekolahan aku menghadapi PLKN selama 3 bulan sebelum mendapat keputusan SPM yang agak memuaskan...tahun yg sama aku menyambung pengajian di KOLEJ MATRIKULASI KEDAH selama satu purnama...pengalaman menjadi pelajar lepasan sekolah akhirnya diteruskan di SUNWAY UNIVERSITY COLLEGE selama stahun...sebuah pengalaman yang menakjubkan  setelah tamat alam persekolahan ...akhirnya kini aku menyambung pengajian  di MONASH UNIVERSITY dalam negara...walaupun impianku untuk merentas laut tidak kesampaian namun aku bersyukur  dengan apa yang aku tempuhi sekarang...kepada rakan-rakan di luar sana laluilah perjalanan hidup kita dengan tidak menghampakan harapan ibu bapa dan keluarga kita...